Isnin, November 09, 2009

Aku Pilihan Tuhan

Apakah yang terlintas di fikiran
Seribu satu persoalan...

Aku mencari rentak perjalanan
Memimpin lapangan yang sentiasa di hadapan.

Ujian Allah sentiasa ditimpa ke atas hambanya
Kita sekadar berdoa supaya dipermudahkannya.

Siapa kita hari ini menentukan siapa kita di masa hadapan
Adakah kita masih seperti hari ini?
Adakah kita bertukar wajah?
Allah sahaja yang tahu.

Hati bersih tawakal kepada Allah
Kadang kepentingan diri terpaksa dikorbankan.

Apakah ini satu ketentuan Ilahi?
Apakah ini jalan pilihanku?
Aku serah sebulat suara kepada Yang Maha Esa

Hidup disulami masalah perkara biasa
Tetapi jangan biasakan timbulkan masalah.

Aku pasrah kepada petunjuk Ilahi
Semoga ada hikmah di sebalik peristiwa yang terjadi.

Puisi Buat Sahabat...(*_^) V

Sahabat,
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh,
Pimpinlah tanganku bila aku tersesat,
Hamparkanlah bahumu saat aku berduka
Peluklah aku bila aku Berjaya

Sahabat,
Aku berharap kau selalu ada,
saat aku memerlukanmu,
Saat suka dan duka menjenguk jiwaku,
Saat aku hilang tempat berpaut,

Dan saat itu ku ...harap kau hulurkan tanganmu
Bersama keikhlasan hati.
Tanda tuluskan ikatan kita.

Sahabat,
Aku tidak berharap kau menjadi insan sempurna,
Kerna aku juga tidak sempurna,
Aku tidak harap kau sebagai pelindungku,
Aku hanya berharap agar kau memberi sedikit semangatmu...
Untuk aku berdiri tegak,
Berani menempuh arus hidup yang makin ganas gelombangnya.

Sahabat,
Genggamlah tanganku andai engkau tidak mampu berdiri sendiri,
Peluklah aku tika kesepian menemanimu,
Tangan ni tidak pernah kuat untuk memegangmu,
Tapi aku percaya keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu,

Aku memerlukanmu seperti mana kau memerlukan aku...

Berhenti Mencintaimu

Seharusnya aku pergi saat kau tolak aku..


Seharusnya ku tidak di sini lagi

menanti ucap cinta... itu takkan mungkin..

Aku bertahan di sini biar kau terbiasa dekat denganku..

Biar kau rasa cintaku.. Biar kau tahu erti hadirku..

Aku takut patah hati, aku takut jauh darimu..

Melupakanmu, membunuh cin...taku!

Tahukah kamu perkataanmu melukai dinding hatiku?

Berteman itu indah.. Dan hatiku takkan setuju!

Yang aku ingin bukan hanya menatapmu,

mendengar ceritamu...

Aku ingin menangis bersamamu.. ketawa denganmu..

Berbagi hati selamanya..

Beri aku kejelasan.. apa ertinya selama ini?

Kau beri ku puji, buat ku tinggi..

Kau beri harapan sepertinya indah..

Namun kenyataannya tak semanis inginku..

Salahku terlanjur ingini semua yang ada di dirimu..

Salahku terlalu berkhayal indah tentangmu..

Sebelum cinta ini hina.. semampunya ku harus rela..

Berhenti merinduimu.. Dan membunuh rasa ini..

Mohon ajarkan aku cara melupakanmu..

Agar aku tetap kuat tanpa bayangmu..

Mohon jangan datang lagi di kehidupanku..

Bukan ku membenci.. Tapi aku telah tersakiti olehmu..

Belajar berhenti mencintaimu..

Jumaat, Julai 24, 2009

Buatmu yang kusayangi......

Buatmu yang kusayangi.........

Maafkanlah kesalahanku
Nescaya dirimu kekalkan cintaku kepadamu
Dan janganlah dirimu bicara
Saat kemarahanku sedang memuncak

Jangan sesekali dirimu kipasi kemarahan dan kecemburuanku
Seperti engkau memukul rebana
Kerana sesungguhnya dirimu tidak mengetahui
Bagaimana sikap orang yang tidak terkendali

Jangan dirimu banyak mengeluh
Kerana ia akan mengikis cinta
Dan hati ini akan berubah menolakmu
Kerana tabiat hati ini tidak tetap

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
Bila berpadu dengan rasa benci
Dalam waktu yang singkat rasa cinta itu kan hilang
Sesungguhnya ingin sekali ku ungkapkan apa yang tersembunyi dalam hati ini
Apa yang ku maksudkan dalam puisi ini
Agar tidak terjadi antara dua hati

Ku sekadar mengingati
Jua mengingati diri ini
Semailah dalam dirimu antara dua hati
Agar dalam perhubungan ini
Tanpa kemarahan, tanpa perselisihan dan tanpa keluh kesah

Sesungguhnya ku lihat cinta dalam hati ini
Cinta yang tidak akan pernah pudar
Cinta yang tidak akan pernah jemu
terhadapmu................

Kan kubiar masa berlalu pergi
Akan ku perteguhkan cinta ini
Walau dilanda dengan pelbagai dugaan
Ku yakin pengalaman mengajarku
Namun..kutahu jua kusedari
Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini.......

Tabahkanlah dirimu dalam melayani karenahku
Kerana hati wanita penuh dengan kelembutan dan keprihatinan
Mungkin dirimu tidak mengerti
Jangan di biar hati ini sepi merindui
Kerana hati ni mudah tersentuh

Walaupun sukar bagimu memahami perasaan ini
Namun..ada sesuatu yang kuharapkan
Doa yang berpanjangan darimu agar perhubungan ini
Terus berkekalan.......

Indahnya janji manismu
Dalam membina rumah tangga di suatu hari nanti
Tetap sabar menanti
Kerana tiada yang indah
Melainkan ketenangan hati
Agar suatu hari nanti kurasa dihargai, disayangi dan dilindungi selalu
Dalam membina rumah tangga yang tanpa keluh kesah..
tanpa kemarahan...
tanpa pergaduhan...

Percayalah bahawa kebahagiaan
Adalah seperti mawar yang ditanam
Tidak langsung berbunga sebaik sahaja ditanam
Tetapi ia pasti akan tumbuh

Salam tulus cinta dan ikhlas daripada yang sentiasa mengingati dan menyayangimu selalu...

Abadikan dihatimu

Rabu, April 22, 2009

Menginsafkan

Mak…..Terlalu bosan rasa duduk membilang hari…..Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kita kan sejuk syahdu masih terasa lagi ini….
Mak tau tak…..itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa…..dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dah sedia…..Seminggu sebelum tu…..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..kakak pun rasa hairan…..mak tak pernah buat begitu…..
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak……tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam …….kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam…Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….lepas itu mak jemur karpet-karpet. ..lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari…..ada kat dalam dalam beg…..ada dalam ASB…..ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi….ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar…kita kata mak ni memang pesenn lama lah…mak cuma gelak saja…eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut…..bila malam tu kita sampai dari KL…..mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..mak tetap takmau pergi hospital…. .dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk..Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .tapi kita berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor…ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju… ..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..
Mak…..amponkan kami semua…kami nak mak sihat…kami sayang mak…kami tak mahu mak sakit…kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….ampon kan kami ye mak….
Mak…..Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kita…Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kita kata nak beli kereta….Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..kita jawab pula…kalau tak cukup, mak kan banyak duit…mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kita sampai….mak buat kenduri kesyukuran.. ….Dan kita masih ingat lagi…bila kita eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..Punya lah kita takut…kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak…..Bila balik sahaja kampong….kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj…..Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya Kenapa…?Selamba saja kita jawab terlanggar pokok bunga…..
Mak….tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau…Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…mak, kita menipu mak kan ..ampon kan kita….Mak…..Jam 4.30 pagi 19/08/2006Bila tiba saja kat hospital….nurse tengah balut mak dengan kain putih…..mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital…Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
Mak tau tak….Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar…Adik kat sebelah diam melayan perasann…Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…jalan di depan terasa makin kelam…..airmata dah tak mampu di tahan….Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela…Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga…di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. …sekosong hati ini…..Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
Mak……kita masih ingat lagi…kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..kita gosok kaki mak perlahan lahan…..Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita…..Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat begitu…jangan nangis ya..”Bila makcik tu kata begitu…lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak….
Mak…..Sampai setakat ini surat ni kita tulis…..kita nangis ni…..Ni kat dalam bilik…baru pukul 4.00 pagi….tak ada orang yang bangun lagi…..kita dengar nasyid tajuk “anak soleh” kita sedih…kita rindu kat mak..!Takpa lah….nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kita baca yassin untuk mak…mak tunggu ya..!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .Semua anak2 mak mengelilingi mak…menatap wajah mak buat kali terakhir….Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja…Mak rasa tak….masa tu kita sentuh dahi mak….kita rasa sejukkkk sangat dahi makk…..kita tak mampu nak cium mak…kita tak daya….kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…Airmata kita tak boleh tahan….Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik…badan akak terasa panas…makk…anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .Mak…..Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…Begitu terasa kehilangan mak…boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…Dan sampai satu tahap….masa tu malam jumaat selepas maghrib…Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan. ….entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi…semakin kita tenung terasa semakin sayu…tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…kita cuba bertahan…memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…kita rasa nak telefon mak…nak cakap dengan mak….anak mak yang ni dah tak betul kan ..?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong…kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi…Puas lah kakak memujuk kita…Akak kata…” tak baik lah nangis saja..doa lah untuk mak..”Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…rasa nyilu sangat…menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma….hanya sedekah al-fatihah kita berikan…..
Mak….cukup lah sampai sini dulu….kawan kita dah ketuk pintu bilik tu….kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…selalunya, kita yang bawa mak naik motor kan ….kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak…esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula….mula-mula kita tak tau nak hantar mana surat ini…lepas itu kawan kita bagitahu…simpan saja buat kenangan..kita cuma tau alamat ni saja…tak mengapa ye mak…kita kasi orang lain baca…kita stop dulu…sebab kawan kita dah lama tunggu tu…akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita…memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk unibesiti..sampai kita boleh rasa naik kapal terbang…boleh rasa duduk kat negara orang…sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..
Sekian terima kasih,Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Surat Hawa Kepada Adam

Adam,mengertilah... Hawa bukanlah insan yg kuat..bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..Adam,mengertilah... sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..perfume, make up, perhiasan...telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawayg serba kekurangan ini..Adam,mengertilah... Hawa ini berjiwa lembut...sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...Hawa tau permintaan Adamtak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...namun, Hawa lemah...Hawa takut zina hati...Adam,mengertilah... setiap kali 'sms' diterima..Hawa keliru...ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..tapi Hawa akur tuntutan sahabat...Hawa tewas...Hawa reply juga...mengenangkan Adam adalah sahabat....Adam,mengertilah... setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..memudahkan perjalanan hidup Adam..jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..Adam,mengertilah... Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...Sesungguhnya kaum Adam,mengertilah akan kaum Hawa...

Sabtu, Disember 27, 2008

Air

Kata-kata yg baik... juga insya-Allah membentuk peribadi yang baik. Semoga makanan dan minuman yg disediakan oleh isteri-isteri solehah dapat disediakan bersulaman dengan zikir dan selawat serta kasih sayang yang penuh dengan keikhlasan.Now I know why most ustaz2 kalu nak berubat kena bawak air & dibacakan ayat2 suci Al-Quran kepadanya untuk kita minum...
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama,kenapa dgn keizinan-NYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca danhayatilah petikan dibawah:
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidakboleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dariAllah.Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadirisatu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istanabaru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripadaorang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dariUM).Penceramahnya seorang Professor yg pakar tentang air dari Jepun.Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slideditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekalian.Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunanmolekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapisamar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dansebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor ituberkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupamolekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampelair yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekulair yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkanwarna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Laluprofesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakahini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkattangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Professor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas danbertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah airzam-zam."Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini" jawab Pensyarah. Professor berkata "Saya tak tahu sama ada betul atau tidakair zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel airzam-zam."Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapatmempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewanitu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-katadapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.
Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentukseolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perutyg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawatdan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berliandan berkilau-kilau. ... Subahanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Professor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklahdi skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.SubahanAllah. .... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilahkita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itumerasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna makamasukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukkanlahayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wassalam