Isnin, November 09, 2009

Aku Bersujud...Aku Berdoa..


Ya Allah Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku tercipta buatku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta Gantilah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku Pasrahkanlah aku dengan takdirmu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hamba Mu ini
Ya Allah Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini mahupun di akhirat Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah Ya Allah...


Amin.. Ya Rabbal Alamin.


nukilan buat
???..



Tiada ulasan: