Isnin, November 09, 2009

Aku Pilihan Tuhan

Apakah yang terlintas di fikiran
Seribu satu persoalan...

Aku mencari rentak perjalanan
Memimpin lapangan yang sentiasa di hadapan.

Ujian Allah sentiasa ditimpa ke atas hambanya
Kita sekadar berdoa supaya dipermudahkannya.

Siapa kita hari ini menentukan siapa kita di masa hadapan
Adakah kita masih seperti hari ini?
Adakah kita bertukar wajah?
Allah sahaja yang tahu.

Hati bersih tawakal kepada Allah
Kadang kepentingan diri terpaksa dikorbankan.

Apakah ini satu ketentuan Ilahi?
Apakah ini jalan pilihanku?
Aku serah sebulat suara kepada Yang Maha Esa

Hidup disulami masalah perkara biasa
Tetapi jangan biasakan timbulkan masalah.

Aku pasrah kepada petunjuk Ilahi
Semoga ada hikmah di sebalik peristiwa yang terjadi.

Tiada ulasan: